Apakah sabun top 5 paling wangi yang anda pernah cuba dalam rutin mencuci pakaian di rumah?
Dengan rangkaian jenama yang banyak di pasaran, tidak hairan ada yang sering bertukar pilihan.
Untuk artikel ini, kami akan senarai pendek sabun top 5 paling wangi yang menjadi kegemaran ramai orang.
Betul Ke Pewangi Baju Pembawa Risiko?

Berdasarkan kajian, pewangi baju yang mengandungi bahan kimia bertoksik boleh memberi risiko kepada kesihatan.
Ada produk yang hanya menyenaraikan beberapa bahan sahaja pada label produk, selebihnya menyembunyikan bahan kimia yang tertentu.
Contoh hanya melabel “fragrance” tetapi tidak tahu sama ada daripada bahan kimia berbahaya.
Awas bahan kimia seperti phthalates, styrene, dan naphthalene kerana wujud unsur karsinogen yang berisiko pembawa kanser atau reaksi alahan termasuk
- Kulit gatal/bengkak
- Ruam pada kulit
- Hidung berair
- Mual
Oleh itu, sangat penting budaya membaca dan meneliti label produk dengan teliti sebelum membuat sebarang pembelian.
Jika pewangi baju yang telah dibeli memberi kesan buruk kepada kulit atau badan, berhenti guna dan jumpa doktor jika simptom bertambah teruk.
Sabun Top 5 Paling Wangi!
Ramai keliru patut pilih sabun mana paling wangi untuk mencuci pakaian selain daripada menghilangkan kotoran degil.
Mana tidak, rata-rata menjanjikan kelebihan yang sama tetapi tak semua wangian kena dengan taste.
Jadi, kami kongsi lima jenama sabun paling wangi sebagai pilihan terbaik untuk tahun 2022.
Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort

Jenama yang sudah lama bertapak di pasaran. Sabun seberat 3.3kg ini kombinasi formulasi membersih Breeze dan wangian Comfort.
Mampu menangglkan kotoran dengan baik pada pakaian tanpa perlu menyental dan menambah peluntur.
Bau pakaian wangi seperti disembur minyak wangi berasaskan bunga-bunga (flora).
Tetapi untuk wangian yang kekal lama sehingga 2 minggu, digalakkan menambah softener Comfort Ultra di bilisan terakhir.
Kekurangan sabun ini ialah kurang sesuai untuk kulit sensitif.
DYNAMO Power Gel Anti Bacterial

Antara jenama sabun basuh baju yang menjadi kegemaran para surirumah kerana sesuai dengan kulit sensitif dan harga yang berpatutan untuk berat 3.4kg.
Seperti namanya anti bakteria, sudah memadai untuk menanggalkan kekotoran dengan satu penutup botol sahaja.
Juga membantu melindungi pakaian daripada pembiakan kulat dan bau hapak serta peluh.
Molekul sabun ini tidak akan melunturkan warna atau kesan tompokan pada pakaian.
DAIA Detergent Powder Eau De Parfum

Jenama DAIA bukan sahaja harganya murah malah wangian baju yang berpanjangan tanpa memerlukan sebarang pewangi tambahan seperti softener.
Ia mengandungi campuran wangian yang direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka.
Juga sangat efektif menghilangkan kotoran tanpa memerlukan proses rendaman melalui kuasa Triple Enzyme Technology.
Kekurangan sabun ini kurang sesuai untuk kulit yang sensitif dan serbuk yang kurang larut dalam air berisiko kesan sabun melekat pada pakaian.
Sabun Dolive

Sabun cuci baju 4 in 1 keluaran bumiputera yang bertaraf antarabangsa.
Sabun Dolive bertindak sebagai 4P+1A iaitu pencuci, pelembut, pewangi, penyinar dan antibakteria.
Ramai bertukar kepada sabun Dolive kerana lebih pekat, lebih wangi dan lebih jimat. 10kg sebotol mampu bertahan sehingga 2 bulan.
Disahkan Halal Jakim dan mempunyai pH neutral yang bersifat lembut pada kulit dan pakaian, maka diyakini selamat untuk digunakan.
Kewangian berbau buah-buahan yang segar dan tahan lama boleh menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian.
Mengikut feedback daripada pengguna ada yang mengatakan bau harum boleh dihidu pada jarak yang jauh.
Kotoran degil juga mudah ditanggalkan dengan kuasa 3 kali sentalan kesan degil.
Hasilnya pakaian yang dicuci menjadi bersih, bebas daripada daki terutama baju putih, berbau harum dan mudah digosok.
Tips Baju Kekal Wangi Dan Tahan Lama

Masalah baju wangi tidak tahan lama sering terjadi walaupun sudah menggunakan pewangi dan pelembut.
Ada juga yang guna jenama sabun dan pewangi sama seperti orang lain tetapi masih tidak mendapat wangian yang sama.
Paling stres selepas baju sudah kering di ampaian wangian terus hilang.
Disini, kami kongsikan tips untuk baju kekal wangi dan tahan lama yang mungkin anda terlepas pandang.
Asing Baju
Nampak remeh, tapi besar kesannya. Seeloknya asing terlebih dahulu pakaian mengikut jenis ketebalan dan material.
Jangan sesekali membasuh langsir, cadar atau selimut bersama pakaian dengan alasan untuk berjimat.
Bayangkan, ketika mesin sedang mode “wash” dan “spin”, pasti ada pakaian yang akan berbelit menyebabkan kotoran masih terperangkap.
Jenis Sabun
Ada 2 jenis sabun pencuci baju iaitu jenis cecair dan jenis serbuk.
Ramai yang lebih menggemari jenis cecair meskipun harga agak mahal.
Jenis cecair lebih sebati dan menyerap ke dalam pakaian berbanding jenis serbuk.
Situasi yang ramai pernah alami ialah kesan saki baki serbuk yang melekat pada pakaian setelah habis cucian.
Teknik Jemuran
Jangan tak percaya, menjemur pakaian pun ada teknik atau seninya.
Mungkin ada yang pernah kena bebel dengan mak sebab cara sidai yang tak betul.
Jemur mengikut ketebalan kerana material yang tebal memerlukan masa yang lebih untuk kering berbanding yang nipis.
Jika bercampur-campur dalam satu baris, sukar pula untuk mengambil yang kering dahulu.
Kadang belum kering sepenuhnya pun sudah angkat lalu bercampur menyebabkan baju bau kepam.
Bersihkan Penapis Kotoran

Terdapat filter atau penapis di dalam setiap mesin basuh untuk menyedut kotoran dan habuk pada pakaian.
Jika penapis yang sudah tebal dengan kotoran tidak dibersihkan, boleh menyebabkan kotoran terkumpul akan terkeluar.
Rugi sahaja basuh baju tetapi masih kotor. Patutlah wangian pun tidak melekat.
Segera Jemur Selepas Cucian
Setelah mesin basuh mengeluarkan isyarat cucian sudah selesai, segeralah jemur pakaian anda.
Jika dibiarkan lama-lama terutama di dalam bakul baju, kemungkinan pakaian akan berbau hapak.
Kesimpulannya, proses membasuh baju agak rumit sehingga ada yang sanggup hantar ke dobi sahaja.
Pakaian yang bersih dan wangi sangat penting kerana melambangkan kebersihan dan penampilan diri.
Tambahan pula, aroma baju yang wangi boleh menambahkan kesegaran dan mood yang gembira.
Adakah anda pernah mencuba mana-mana sabun basuh baju yang diceritakan diatas? Jika masih keliru untuk mencuba yang mana satu, cubalah sabun Dolive.

Sabun Dolive memudahkan kerja mencuci dengan formula 4P+1A (Pencuci, Pelembut, Pewangi, Penyinar + Antibakteria).
Mempunyai pH neutral dan bersifat lembut pada kulit dan pakaian, sabun Dolive disahkan halal jakim dan selamat digunakan. Kini, Dolive dijadikan pilihan pertama suri rumah.
Jika anda tiada masa menjemur pakaian di ampaian kerana seharian di tempat kerja, sabun Dolive dapat menjadikan kerja menjemur anda lebih mudah dan cepat.
Sabun Dolive membantu menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian. Kini, suri rumah bijak tidak perlu risau untuk menjemur pakaian di bawah bumbung atau di dalam rumah!
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sabun Dolive atau menjana pendapatan yang lumayan bersama Dolive.
