Sabun basuh baju yang wangi dan tahan lama, itulah antara ciri-ciri agen pencuci yang seringkali dicari oleh pengguna, betul?
Mana tidaknya, tiada siapa ingin membazir wang untuk membeli pelbagai jenis agen pencuci seperti softener, scent booster, dan sabun.
Jadi, salah satu cara untuk mengekalkan bau wangi pada baju adalah dengan mengetahui teknik cuci baju dengan betul.
Oleh itu, kami akan berkongsi info-info penting seperti jenis-jenis sabun dan cara basuh baju agar baju kekal wangi.
Info-info ini penting, terutamanya, buat mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Mesti anda tidak mahu rumah berbau hapak dek baju-baju yang ada, kan?
Teruskan membaca!
Perbezaan Jenis-jenis Sabun Baju
Sebagai seorang pengguna sabun basuh baju, adakah kita benar-benar aware akan jenis-jenis sabun yang ada di pasaran?
Antara jenis-jenis sabun basuh baju yang kita seringkali terdengar ialah serbuk, beads, cecair, dan juga buku.
Sebenarnya, setiap jenis sabun ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza dan ia bergantung kepada jenis kain untuk dibasuh.
-
Sabun serbuk

Kebiasaannya, sabun serbuk adalah lebih murah berbanding sabun cecair. Untuk sabun serbuk, ia akan mengambil masa untuk larut di dalam air.
Meskipun, sabun serbuk sangat bagus untuk memastikan kotoran tertinggal daripada pakaian.
Tetapi, pastikan anda betul-betul larutkan sabun serbuk tersebut, jika tidak, ia akan meninggalkan kesan tompok-tompok putih pada pakaian.
-
Sabun cecair

Seterusnya, sabun cecair pula sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia boleh didapati dalam kuantiti yang banyak.
Dan, sabun cecair juga lebih mudah larut jika dibandingkan dengan sabun serbuk. Jadi, pakaian anda tidak mempunyai kesan-kesan tompok sabun.
Selain itu, orang ramai seringkali gunakan sabun basuh baju jenis liquid ini untuk menanggalkan kesan kotoran seperti berminyak pada pakaian.
Anda boleh sapu sabun cecair pada kotoran berminyak pada pakaian tersebut dan boleh dibasuh menggunakan washing machine.
-
Sabun beads
Jika anda mengikuti trend di media sosial, pasti anda sudah tahu mengenai sabun beads. Menariknya, sabun ini bersaiz kecil dan sangat travel-friendly.
-
Sabun buku
Yang terakhir adalah jenis sabun buku. Tanpa disangka, penggunaan sabun buku masih lagi relevan pada masa kini.
Ia berbau wangi dan mampu menghasilkan buih yang banyak.
Sabun buku ini juga boleh didapati dalam harga yang sangat murah, jadi, penggunaannya amat berbaloi!
Nak Baju Kekal Wangi?
Sebagai pengguna sabun basuh baju, anda pasti pernah mengalami masalah-masalah seperti berbau hapak, kain terkoyak, kecut dan sebagainya.
Jadi, mari kami kongsikan beberapa tips penting supaya baju anda berbau wangi berpanjangan antaranya:
-
Terus membasuh baju

Anda digalakkan untuk terus membasuh baju selepas dipakai.
Jangan memakai baju yang sama selama berhari-hari kerana ia akan membuatkan pakaian tersebut tambah berbau.
Di samping itu, tabiat ini akan menggalakkan pembiakan bakteria kerana baju tersebut sudah menjadi lembap.
-
Pisahkan baju
Langkah seterusnya adalah dengan mengasingkan baju mengikut ketebalan, jenis kain, dan warna pakaian.
Ini bertujuan untuk menjaga kualiti pakaian dari segi warna, material kain dan sebagainya.
Tips bonus: jangan basuh baju dalam kuantiti yang banyak di dalam washing machine.
Ini dapat mengelakkan daripada membasuh baju secara tidak sekata ataupun tompok-tompok putih pada pakaian.
Pakaian yang nak dibasuh seharusnya diasingkan mengikut jenis kain, saiz, ketebalan atau warna.
Sesetengah orang akan asingkan baju berwarna dan yg putih supaya tidak luntur warna.
-
Jangan rendam terlalu lama

Cara yang seterusnya adalah rendam pakaian hanya selama 10 minit sahaja.
Jika anda rendam baju untuk tempoh masa yang lama, ia boleh menyebabkan baju tersebut berbau hapak.
Sebagai langkah penambahan, anda juga boleh rendam baju di dalam pelembut fabrik bagi menaikkan lagi aroma wangi pada pakaian.
-
Sabun dan pelembut fabrik
Benda wajib jika hendak membasuh kain adalah menggunakan sabun pencuci baju untuk menanggalkan kotoran yang degil.
Selain itu, pelembut fabrik adalah untuk melembutkan kain, memudahkan proses pencucian serta mewangikan pakaian.
-
Jemur selepas cuci
Waktu yang terbaik untuk mencuci pakaian adalah pada waktu pagi. Nak hasil bau yang wangi berpanjangan?
Selepas cuci baju, anda perlu terus menyidai pakaian tersebut. Dan, elakkan daripada mencuci pakaian pada malam sebelum itu bagi mengelakkan bau hapak.
Cara Menjemur
Buat pengetahuan anda, menjemur pakaian pun ada teknik tersendiri untuk memastikan baju itu berbau wangi.
Tips utama ketika menjemur baju adalah untuk memastikan ketebalan baju.
Seeloknya, jemur pakaian yang nipis sebaris manakala baju tebal pada barisan jemuran yang lain.
-
Jangan Menjemur didalam Rumah dan Bilik

Seeloknya, pakaian perlu dijemur diluar rumah dimana tempat yang berangin dan panas. Ini bertujuan supaya pakaian akan kering sepenuhnya dan tidak lembap.
-
Bersihkan Penapis Kotoran
Setiap mesin basuh mempunyai penapis (filter) untuk menyedut kotoran dan habuk yang terletak pada pakaian.
Jika dibiarkan penapis tanpa dicuci untuk tempoh waktu yang lama, kotoran dan habuk berada pada penapis akan terkeluar semula.
Jika anda sedang mencari detergent liquid di Malaysia, anda haruslah memilih sabun baju Dolive!
Sabun Dolive mempunyai semua ciri-ciri yang diterangkan di atas dan banyak lagi!
Sabun Dolive memudahkan kerja mencuci dengan formula 4P+1A (Pencuci, Pelembut, Pewangi, Penyinar + Antibakteria).
Mempunyai pH neutral dan bersifat lembut pada kulit dan pakaian, sabun Dolive disahkan halal jakim dan selamat digunakan. Kini, Dolive dijadikan pilihan pertama suri rumah.
Jika anda tiada masa menjemur pakaian di ampaian kerana seharian di tempat kerja, sabun Dolive dapat menjadikan kerja menjemur anda lebih mudah dan cepat.
Sabun Dolive membantu menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian. Kini, suri rumah bijak tidak perlu risau untuk menjemur pakaian di bawah bumbung atau di dalam rumah!
Tunggu apa lagi? Dapatkan sabun Dolive di sini sekarang!
