Sabun DOlive HQ

jana pendapatan dari rumah

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kerja Yang Simple

Semenjak virus covid-19 melanda seluruh dunia, ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Disebabkan itu, mereka mencari jana pendapatan untuk terus survive. 

Ada antara mereka yang mencari wang dengan bekerja dari rumah seperti bisnes dan juga freelance. 

Buat mereka yang memiliki Internet dan skills yang hebat seperti menulis, mereka grafik, tahu selok-belok dunia marketing, ini membolehkan mereka mencari wang pencarian.  

Namun, ini tidak bermakna orang ramai berhenti daripada membuat kerja sampingan. Malah, masih ada lagi orang yang memerlukan wang tambahan bagi tujuan tertentu. 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai kerja yang popular dan agar anda boleh mencubanya. 

Teruskan membaca.

10 Jenis Kerja Simple Dari Rumah

  •  Influencer/ Content creator

jana pendapatan dari rumah

Menjadi seorang influencer atau content creator bukanlah kerja yang mudah. 

Anda perlu sentiasa berfikir secara kreatif demi menghasilkan sebuah video yang berkualiti dan bagus untuk tatapan umum. 

Antara contoh konten yang sering disentuh oleh kedua-dua pekerjaan ini adalah paid review, food testing, dan product review. 

  •  Freelancer

Pernahkah anda terdetik untuk menjadi seorang freelancer? 

Jika anda mempunyai kemahiran dalam menulis copywriting, mereka grafik, marketing, melukis secara digital, inilah masanya untuk anda mencuba kerja-kerja ini! 

Hal ini kerana majoriti syarikat di Malaysia seringkali outsource daripada freelancer. 

Ini disebabkan pekerja syarikat itu sendiri mengalami kekangan masa dengan kerja-kerja yang sedia ada. 

Jika anda berminat dengan pekerjaan ini, pastikan anda sudah membuat kajian mengenai pembayaran melalui aplikasi seperti PayPal, BigPay, mahupun internet banking. 

  •  YouTuber

youtuber

Pada zaman yang serba canggih ini, anda boleh buat duit dari rumah. Asalkan ada usaha dan berkeinginan untuk belajar sesuatu yang baru. 

Siapa sangka, menjadi seorang YouTuber mudah? 

Sebenarnya, anda perlu bijak dalam membahagikan masa untuk merekod dan edit video konten. 

Jadi, nak dapatkan hasil yang lumayan, maka anda perlu belajar editing skills dan teknik percakapan yang boleh menarik perhatian orang ramai. 

Tambah pula, YouTuber ini kebiasaannya akan dibayar mengikut views dan subscribers pada akaun seseorang itu. 

  •  Blogger

jana pendapatan dengan blogger

Anda minat membaca dan menulis? Sudahkah anda pertimbangkan untuk menjadi seorang freelance writer? 

Jangan risau, anda boleh menulis pelbagai isu, sama ada yang penting mahupun untuk bacaan leisure. 

Ini kerana rata-rata pengguna Internet akan membaca blog atau penulisan yang menepati dengan tajuk kegemarannya. 

Jangan takut untuk jadikan bakat membaca dan menulis ini passive income anda. Dan, anda perlu tahu, bahawa membaca dan menulis datang seiringan. 

Jika anda hanya membuat salah satu daripada 2 bakat itu sahaja, makanya gaya penulisan anda akan merundum. 

  •  Agen dropship 

jana pendapatan dengan dropship agent

Sebelum datangnya affiliate marketing, dropship merupakan antara pilihan orang diluar sana untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. 

Anda tidak perlu mengeluarkan modal dan hanya promote barang sahaja. 

Ingat ya, anda perlu mengiklankan barang tersebut dan rajin layan pelanggan. 

Jadi, anda perlu tahu teknik marketing dan percakapan yang betul dan menyakinkan. 

Buat anda yang sedang mencari jana pendapatan sampingan, jom sertai program dropship yang ditawarkan oleh kami; Dolive.

Dengan hanya menjual sabun basuh baju dobi, anda boleh jana pendapatan sampingan dari rumah dan mendapat pulangan yang lumayan. Nak jadi agen kami pun boleh!

Anda tak perlu keluarkan modal atau simpan barang, sebaliknya pihak HQ sendiri yang akan menghantar segala pesanan order anda kepada pelanggan. 

Anda hanya perlukan internet yang stabil dan promote di media sosial sahaja.

  •  Personal Shopper

Ramai yang suka shopping tapi tak ramai yang suka keluar rumah, kan? 

Jika rumah anda berdekatan dengan mall atau kedai-kedai yang popular, inilah peluang anda untuk jana pendapatan sampingan dengan menjadi personal shopper.

Antara yang menjadi pilihan ramai adalah dengan menjadi personal shopper untuk Bath & Body Works (BBW) dan Ikea. 

Upah perlulah mengikut kesesuaian seperti jarak menghantar barangan tersebut dan juga berat produk. Jadi, anda perlu berpada-pada, ya! 

  •  Penulis/ Content writer

Paling mudah untuk anda jana pendapatan dari rumah dengan menjadi seorang penulis. 

Bagi anda yang minat menulis, anda boleh offer diri anda untuk menulis satu artikel. 

Dari situ anda juga boleh menjadi seorang ghost writer dan penulis e-book. 

  •  Pereka grafik

Editor video

Anda seorang yang kreatif seperti boleh melukis sama ada digital atau secara manual? 

Antara yang paling mudah untuk buat duit zaman sekarang adalah dengan melukis poster untuk bisnes di media sosial, mereka logo dan corak baju.

Jadi, anda boleh membuat satu portfolio bagi “mempamerkan” hasil kerja dan kreativiti anda kepada orang yang sepatutnya. 

  •  Penerjemah

Ramai dikalangan anak muda yang suka tonton movie Korea dan Jepun. 

Ada yang “cepat tangkap” dan boleh faham bahasa asing dengan mudah. 

Jika anda fasih serta dapat menguasai bahasa asing, anda boleh jadi penerjemah bahasa sebagai kerjaya sampingan. 

Ia boleh dikatakan agak menarik dan challenging kerana anda berkemungkinan boleh bekerja dengan syarikat dari luar negara. 

  • Editor video

pereka grafik

Anda pandai menggunakan Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop? 

Buat pengetahuan anda, kedua-dua skills ini amat berharga kerana anda boleh menjadi seorang editor video dari rumah. 

Serlahkan bakat anda di platform media sosial dan semestinya syarikat-syarikat akan mencari anda untuk menghasilkan video yang berkualiti. 

Langkah Untuk Memulakan Kerja Sampingan

  • Tentukan niche business yang anda mahu lakukan

Langkah yang paling penting adalah anda mesti tahu niche business (produk yang ingin difokuskan) yang anda mahukan. 

Ini amat penting supaya anda tahu kelebihan dan kebaikan produk tersebut. 

Dengan ini, anda lebih tahu bukan sahaja selok-belok dalam mem-promotekan produk, malah anda juga dapat meraih jualan dan memenuhi permintaan pelanggan. 

  •  Kenalpasti siapa audien anda

Setelah anda sudah tentukan niche produk yang anda ingin fokuskan, anda perlu kenalpasti kepada siapa produk itu akan dijualkan. 

Antara perkara yang perlu anda titik-beratkan ialah: 

  • Janita dan lingkungan umur pembeli
  • Apakah unique-selling point (USP) produk ini? 
  • Apakah tujuan anda menjual produk ini? 
  • Bagaimana produk ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh bakal pembeli? 

Kesimpulannya, bagi anda yang merancang untuk mencari side income bolehlah mencuba cara-cara diatas. Tidak perlu keluar modal dan hanya perlu rajin dan lakukan dari rumah sahaja. 

Kesimpulannya, buat anda yang ingin mencari jana pendapatan dari rumah, anda perlu pertimbangkan banyak perkara. Salah satunya adalah masa dan kemahiran. 

Jadi, pastikan anda pilih side job yang bersesuaian dengan diri anda. Dan, jika anda terasa penat dengan kerja yang anda sedang lakukan, seeloknya anda berehat dahulu. 

Ingat, kesihatan perlu diutamakan! 

Adakah anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada pihak Dolive? 

Daftar segera sebagai agen Dolive yang sah. Jangan risau, produk ini amat mudah untuk dijual kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi. 

Jika anda tidak memiliki pengalaman sebagai agen, pihak kami ada menyediakan training yang bersesuaian agar produk ini lebih mudah terjual. 

Berminat untuk jadi agen Dolive? 

Leave a Comment

Your email address will not be published.