Pelembut baju merupakan antara produk dobi yang paling disalah faham oleh ramai walaupun ia merupakan produk yang sering digunakan ramai ketika membasuh baju.
Disebabkan namanya, ramai menganggap fungsi utamanya adalah untuk melembutkan baju mereka. Namun begitu, banyak lagi fungsi selain daripada hanya melembutkan baju.
Softener juga perlu digunakan dengan berhati-hati kerana tidak semua jenis baju sesuai dibasuh menggunakan softener dan boleh mengakibatkan baju rosak.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu pelembut baju, jenis-jenis softener serta kesan penggunaannya pada baju yang tidak “ngam”.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Apa Itu Pelembut Baju?

Bagi mereka yang tidak tahu, pelembut fabrik merupakan sejenis produk dobi yang mengandungi bahan pelincir yang berfungsi untuk menyaluti gentian fabrik baju anda.
Salutan ini mengandungi ion bercas positif yang akan melekat pada ion bercas negatif pada pakaian anda dan akan membuatkan fabrik anda lebih lembut.
Pelembut baju sering digunakan bersama detergen, tetapi terdapat juga detergen 2 in 1 yang telah dicampurkan bersama pelembut baju supaya anda tidak perlu membelinya secara asing.
Pelembut baju ini juga bukan sahaja melembutkan pakaian anda, malah ia juga membantu untuk mengurangkan kedutan selepas membasuh baju dalam mesin basuh.
Selain itu, pelembut baju juga berfungsi untuk mengurangkan statik pada baju anda supaya baju anda tidak akan melekat selepas dibasuh.
Pakaian anda juga akan dilindungi daripada regangan dan elakkan baju anda menjadi lusuh jika dibasuh bersama pelembut baju.
Jika anda memilih pelembut baju yang ada pewangi, ia akan menjadikan pakaian anda berbau segar dan bersih.
Jenis-Jenis Pelembut Baju
Cecair

Pelembut baju jenis cecair sangat bagus untuk menghilangkan bau dan melembutkan pakaian anda.
Pelembut baju cecair ini biasanya ditambah semasa kitaran bilas dan boleh mengurangkan statik dan kedutan pada baju anda.
Helaian Pengering

Dryer sheet, atau dikenali sebagai helaian pengering, sangat mudah digunakan dan ringan. Jadi anda boleh membawanya ke kedai dobi atau disimpan dalam beg anda dengan mudah.
Anda boleh meletakkan helaian pengering ke dalam mesin pengering anda dengan bersama pakaian basah anda.
Bola Pengering

Dryer balls atau bola pengering ini bersifat mesra alam kerana anda boleh menggunakannya semula. Ia biasanya diperbuat daripada bulu atau plastik bebas BPA tahan panas.
Walaupun ia masih melembutkan pakaian anda dengan baik, anda mungkin akan mendapati bahawa pakaian anda terasa lebih keras berbanding dengan pelembut fabrik cecair.
Seperti helaian pengering, bola pengering ini juga diletakkan ke dalam mesin pengering anda dengan bersama pakaian basah anda.
Kesan Penggunaan Pelembut Baju
Menggunakan pelembut baju yang tidak bagus atau menggunakannya pada fabrik yang salah akan menyebabkan kerosakan baju dan masalah lain yang tidak diingini.
Kerosakan Baju

Walaupun menggunakan pelembut baju mempunyai banyak kelebihan, terdapat beberapa jenis fabrik yang tidak sesuai dibasuh bersamanya.
Salah satu fabrik yang tidak “ngam” dengan softener adalah baju sukan. Kebanyakan fabrik pakaian sukan bersifat menyerap lembapan.
Ini bermakna ia memindahkan peluh dengan cepat ke lapisan luar untuk membantu baju anda untuk kering dengan lebih cepat dan mengelakkan sebarang peluh daripada tepu.
Menggunakan pelembut baju boleh menyumbat liang-liang fabrik baju sukan anda dan menjejaskan kebolehannya untuk memindahkan peluh ke lapisan luar.
Selain itu, anda juga perlu mengelakkan membasuh tuala anda dengan pelembut baju.
Ini kerana softener boleh mengurangkan keberkesanan bahan kalis air dan mengurangkan daya serap tuala, terutamanya yang diperbuat daripada microfiber atau kain terry.
Pelembut baju selamat digunakan pada baju yang tidak akan menyerap kelembapan seperti pakaian harian anda.
Pakaian harian kebanyakannya diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kapas dan lain-lain. Menggunakan softener pada kapas tidak akan menyebabkan kerosakan.
Masalah Kesihatan Akibat Pewangi

Pelembut baju yang tidak bagus mungkin mengandungi campuran pewangi berbeza-beza yang boleh menyebabkan alahan, masalah kulit seperti dermatitis serta kesukaran bernafas.
Jadi, pastikan anda periksa terlebih dahulu kandungan bahan dalam pelembut baju anda supaya anda boleh mengelakkan daripada masalah ini untuk berlaku.
Masalah Kesihatan Akibat Pengawet dan Pewarna
Bahan pengawet dan pewarna yang bahaya dalam pelembut baju juga boleh menyebabkan berlakunya alahan kulit bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif serta mencetuskan asma.
Kesimpulannya, pastikan anda memilih pelembut baju yang berkualiti dan selamat serta elakkan daripada membasuh baju yang tak “ngam” dengan softener bagi mengelakkan kerosakan.
Jika anda sedang mencari detergent liquid atau cecair di Malaysia, pilihlah sabun cuci baju Dolive 4-in-1 kerana terdapat banyak kelebihan serta ia memang wangi dan berbaloi!

Sabun Dolive bukan sahaja pewangi baju, malah ia juga gabungan pencuci, pelembut, penyinar dan bersifat antibakteria (4P+1A).
Ia juga lembut pada kain, mempunyai pH neutral, lembut pada kulit dan memudahkan kerja menjemur anda kerana baju anda akan kering dengan lebih cepat!
Anda juga boleh menjana pendapatan bersama Dolive dengan sertai program agen pengedar dan dealer sabun dobi Dolive!
Mengapa Dolive Pilihan Terbaik Jana Pendapatan?
- 100% keluaran bumiputera
- Lebih 1000 orang berjaya kami bantu
- Modal serendah RM250
- Produk senang terjual
- Training percuma
Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini!
