Semestinya penat susah itu hanya sementara kerana ia pasti berbayar dengan kejayaan. Pernah bekerja sebagai kelindan lori, kini pasangan ini menjadi pemilik kilang sabun yang terkemuka.
Nurul Hassrah Mohd. Kori, 30, bersama suaminya, Mohd. Hafiz Arbaee, 34, menjadi inspirasi orang ramai selepas berjaya mengubah kehidupan mereka sepenuhnya.
Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan tentang perjalanan hidup mereka dari hidup dalam kesusahan hingga mencapai kejayaan dengan memiliki syarikat dan kilang sabun sendiri.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Perjalanan kilang sabun Dolive

Suatu masa dahulu, ketika beliau masih bekerja sebagai kelindan lori, hidupnya bersama suaminya yang pada ketika itu bekerja sebagai pemandu lori, penuh dengan cabaran.
Beliau keluar setiap pagi seawal 4.30 untuk mencari rezeki dan hanya pulang ke rumah lewat malam. Pada masa itu, pendapatannya hanya sebanyak RM50 – RM100 sehari sahaja.
Nurul juga memberitahu bahawa beliau pernah tidur di dalam kontena dan terpaksa menumpang rumah saudaranya disebabkan kesempitan hidupnya.
Nurul dan Mohd Hafiz berkahwin seawal mereka berusia 20 dan 24 tahun.
Sejak beliau disahkan mengandung, Nurul tekad untuk mengubah kehidupannya dan mula menceburi bidang yang baru.
Hanya dengan berbekalkan modal sebanyak 400 ringgit hasil simpanannya, Nurul berhenti kerja kelindan lori dan menjadi ejen pengedar sabun bersama suaminya untuk syarikat yang lain.
Mereka mula berniaga di pasar tani dan berjaya mendapatkan jualan yang banyak hingga beliau dan suaminya ditawarkan untuk menyambung perniagaan mereka ke Mydin.
Namun, mereka sering dihadapi dengan masalah teknikal yang tidak diendahkan oleh pihak pengurusan atasan. Oleh itu, mereka berdua meninggalkan syarikat tersebut.
Selepas menjadi ejen jualan sabun selama 9 tahun, Nurul mencuba nasibnya dan memulakan syarikatnya sendiri dengan pengetahuan yang diraih daripada industri perniagaan sabun.
“Selepas sembilan tahun menjadi pengedar jenama sabun berkenaan dan mendapat pelbagai pengalaman serta selok belok perniagaan, saya dan suami kemudiannya mengundur diri dan membuat perancangan sendiri membina syarikat baharu yang dinamakan Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) pada tahun 2018.”
Nurul berjaya menghasilkan jenama sabunnya, Dolive, melalui syarikatnya Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) dan memiliki kilang sabun tersendiri.
Sumber inspirasi nama dolive terhasil daripada gabungan dua perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud keterusan hidup iaitu ‘Do’ dan ‘Live’.
Nurul dan suaminya kini memiliki beberapa kilang sabun seperti di Bukit Serdang, Selangor dan Kepala Batas, Pulau Pinang, supaya operasi Dolive berjalan dengan lancar.
Dolive bukan sahaja dipasarkan di dalam negara, tetapi mereka juga telah berjaya mengembangkan pasaran mereka ke Brunei dan Singapura.
Menurut nurul, mereka memilih untuk menubuhkan sistem ejen jualan untuk menjualkan sabun Dolive ini bagi membantu usahawan lain di luar sana.
“Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19.”
Ciri ciri sabun Dolive
Di bahagian ini, kami akan menceritakan tentang ciri-ciri sabun yang dihasilkan dari kilang sabun Dolive
Sabun Dolive ini bukan sahaja pewangi baju, malah ia juga merupakan gabungan pencuci, pelembut, penyinar dan bersifat antibakteria (4P+1A).
Jadi, sabun Dolive merupakan pilihan yang sangat berbaloi serta memudahkan kerja mencuci baju anda.
Lembut pada kain

Sabun Dolive telah dirumus secara khas supaya ia lembut pada kain dan tidak merosakkan tekstur asal fabrik pakaian anda selepas mencucinya.
Lembut pada kulit
Mempunyai pH neutral dan bersifat lembut pada kulit dan pakaian, sabun Dolive disahkan halal jakim dan selamat digunakan. Kini, Dolive dijadikan pilihan pertama suri rumah bijak!
Kering lebih cepat
Jika anda tiada masa menjemur pakaian di ampaian kerana seharian di tempat kerja, sabun Dolive dapat menjadikan kerja menjemur anda lebih mudah dan cepat!
Masa pengeringan akan menjadi lebih singkat kerana ia menghalang pakaian daripada menyerap lebih banyak air
Mempunyai pH neutral

Sabun Dolive mempunyai pH neutral serta tidak akan mengubah pH air apabila anda mencuci baju. Oleh itu, warna baju anda tidak akan terjejas.
Sangat wangi
Sabun Dolive membantu menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian. Kini, suri rumah bijak tidak perlu risau untuk menjemur pakaian di bawah bumbung atau di dalam rumah!
Kesimpulannya, pemilik kilang sabun Dolive ini haruslah menjadi inspirasi orang ramai kerana pencapaian mereka. Semestinya, usaha itu tangga kejayaan.
Jika anda sedang mencari detergent liquid di Malaysia, pilihlah sabun cuci baju Dolive 4-in-1 kerana terdapat banyak kelebihan serta ia memang wangi dan berbaloi!
Anda juga boleh menjana pendapatan bersama Dolive dengan sertai program agen pengedar dan dealer sabun dobi Dolive!
Mengapa Dolive Pilihan Terbaik Jana Pendapatan?
- 100% keluaran bumiputera
- Lebih 1000 orang berjaya kami bantu
- Modal serendah RM250
- Produk senang terjual
- Training percuma
Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini!
