Mencuci baju ini satu rutin kehidupan, lebih-lebih lagi buat suri rumah.
Terdapat juga segelintir yang menjadikan mencuci baju sebagai hobi yang menjana pendapatan! Iyya boleh!
Lihat sahaja di tiktok ada satu akaun yang membuat video mencuci baju sahaja.
Beliau berkongsikan tips cara membasuh baju kepada penontonnya.
Lebih menarik apabila beliau kongsikan koleksi sabun pencuci baju yang beliau miliki.
Komen sahaja warna, bau, jenis yang anda mahukan dan keesokkan harinya beliau akan membuat satu TikTok untuk anda.
Terdapat pelbagai jenis sabun pencuci baju dipasaran. Teruskan membaca untuk ketahui jenis-jenis dan betapa efektifnya sabun ini buat baju basuhan anda!
Sabun Buku
Ini boleh dikatakan paling legend. Mak kita pada zaman dulu menggunakan sabun buku dan mencuci dengan tangan sahaja. Boleh kedengaran bunyi sabun dan berus dari bilik air.
Sabun buku ini boleh dikatakan efektif menanggalkan kesan kotor tetapi bergantung kepada usaha anda.
Harga sabun buku kebiasaannya adalah yang paling murah jika dibandingkan dengan jenis-jenis sabun pencuci baju yang lain.
Murah, berkesan tetapi memerlukan tenaga daripada pengguna. Andakah ini jenis sabun baju yang anda cari?

Sabun Serbuk
Sabun serbuk adalah yang paling popular dalam kalangan pengguna dan sering dijumpai di pasaraya atau online.
Sabuk serbuk menjadi pilihan kerana harganya murah dan datang dalam kuantiti banyak. Membuatkan ianya menjadi berbaloi.
Ia juga berkesan dalam menanggalkan kotoran yang degil.
Kebanyakan sabun serbuk ada kadar oxygen bleach yang tinggi yang senang untuk memutihkan pakaian putih.
Cara penggunaan sabun serbuk juga senang. Anda boleh melarutkan dalam air dan cuci dengan tangan.
Lebih senang lagi, masukkan sahaja dengan baju anda ke dalam mesin basuh baju.
Walaubagaimanapun, terdapat juga jenis jenama sabun serbuk yang tidak mudah larut.
Kesannya, apabila mengeluarkan baju dari mesin basuh akan terdapat kesan putih atau daki sabun melekat pada baju anda.
Sabun cecair

Sama seperti sabun serbuk, sabun cecair juga mudah dijumpai dan dijual secara meluas di pasaran.
Kebanyakan jenama pencuci baju juga mengeluarkan produk mereka dalam jenis sabun cecair.
Antara faktor yang menyebabkan sabun cecair menjadi pilihan ramai adalah kerana memiliki lebih banyak variasi dan manfaat.
Dengan sabun cecair, anda mempunyai lebih banyak pilihan bau dan manfaat.
Mana tidaknya, jika pergi ke pasaraya pada rak pencuci baju akan tersusun rapi pelbagai jenis sabun cecair dengan jenis dan manfaat sendiri.
Anda boleh memilih sama ada untuk basuhan pakaian putih atau berwarna. Malah, juga terdapat jenis yang menggabungkan kedua-duanya terus.
Baju putih, lebih putih dan yang berwarna akan lebih terang!
Tidak seperti sabun serbuk, sabun cecair mudah larut dan sangat berkesan dalam meninggalkan kesan kotoran berminyak.
Satu tips yang sering diguna pakai oleh suri rumah adalah, sekiranya baju anda mempunyai kotoran pekat. Sapukan sabun cecair terus pada kotoran tersebut dan biarkan seketika.
Kemudian campurkan dengan baju basuhan lain ke mesin basuh dan basuh seprti biasa. Sangat mudah!
Walaupun harganya lebih tinggi daripada sabun buku dan sabun cecair namun ianya sangat berbaloi.
Konsentrasi yang pekat juga tidak memerlukan anda untuk menggunakan dengan banyak. Cukup satu atau dua penutup botol sahaja bagi satu mesin basuh penuh.

Sabun Kapsul/Beads
Penjualan meningkat apabila viral pada tahun 2021 selepas pengguna kongsikan video-video menarik dengan menggunakan sabun kapsul.
Kita lihat bahawa sabun kapsul ini sangat menarik dan mudah digunakan.
Malah saiznya yang kecil juga menjadikan ia senang dibawa. Lebih-lebih lagi apabila anda bercuti atau ‘travel’.
Bagaimana cara penggunaannya? Senang sahaja!
Sama seperti sabun cecair, masukkan sahaja dalam mesin basuh yang mengandungi baju basuhan anda.
Sabun Kapsul juga mempunyai variasi bau, warna, fungsi dan kepekatan yang boleh anda pilih.
Harga dijual lebih mahal dari sabun biasa kerana tahan lebih lama dan diselaputi lapisan biodegradable.
Lapisan ini akan larut bersama air apabila dimasukkan dalam mesin baju.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan sabun kapsul pastikan jauh daripada capaian kanak-kanak kerana pada pandangan biasa ia boleh disalah anggap sebagai gula-gula.
Kecil, warna-warni dan sangat comel!
Tidak dapat disangkal bahawa majoriti pengguna lebih gemar memilih sabun cecair.
Antara sabun cecair yang mendapat nama dipasaran adalah sabun Dolive!
Dolive adalah sabun cuci baju 4 dalam 1. Ianya boleh membersih, melembut, mewangikan dan membasmi kuman pada baju basuhan anda.
Sabun Dolive merupakan keluaran bumiputera yang sangat berkualiti tinggi! Hadir dengan pelbagai jenis variasi dan bau untuk pengguna mereka.
Antara keistimewaan yang menjadikan Dolive pilihan ramai adalah sabun basuh ini boleh membantu menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian.
Musim hujan bukan lagi satu masalah, kini anda tidak perlu risau untuk menjemur pakaian di bawah bumbung atau di dalam rumah.
Nak dapatkan sabun Dolive? Satu keputusan yang bijak! Layari disini atau hubungi sahaja 019-3552274.
