Sabun DOlive HQ

Pewangi Baju Dolive: Memang Wangi dan Berbaloi

Selain daripada sabun detergen, pewangi baju merupakan salah satu agen pembersih yang sangat penting ketika membasuh baju anda supaya baju berbau wangi dan lembut.

Pewangi kebiasaannya dituangkan sekali bersama sabun detergen ketika membasuh baju. Ia mempunyai pelbagai kelebihan namun masih ramai yang terlepas tentang perkara ini.

Disebabkan itu, penggunaan sabun detergen sahaja sebenarnya tidak mencukupi untuk memberikan kewangian maksimum pada baju yang dibasuh.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang apa itu pewangi pakaian, kepentingan serta kelebihan pewangi baju Dolive yang anda perlu tahu.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa Itu Pewangi Baju?

Pewangi baju atau pelembut fabrik ialah perapi yang digunakan pada pakaian semasa kitaran bilas dalam mesin basuh bagi mengurangkan kekerasan pada pakaian ketika dikeringkan.

Secara ringkasnya, ia adalah produk yang mengandungi bahan pelincir yang menyaluti gentian fabrik anda supaya fabrik pakaian anda terlindung.

Seperti baking soda dan cuka, pewangi baju juga boleh menjadikan pakaian berbau lebih segar kerana ia boleh membantu membasmi bau busuk.

Kepentingan Menggunakan Pewangi Baju

1. Kurangkan statik pada baju

Menggunakan pewangi baju dapat mengurangkan statik pada baju yang berlaku apabila baju anda berpusing di dalam mesin basuh dan bergesel antara satu sama lain berulang kali.

Pakaian yang bergesel ini boleh mengetuk elektron yang longgar dan memindahkannya dari satu helai kain ke kain yang lain dan menyebabkan baju melekat antara satu sama lain.

Bagi mengatasi masalah ini, pewangi baju mengandungi ion bercas positif yang dapat menghalang lekatan statik dengan mengimbangi elektron-elektron longgar tersebut.

2. Menjadikan baju lebih lembut

Menggunakan pewangi baju ketika mencuci baju bukan sahaja dapat melindungi fabrik baju, tetapi ia berfungsi melembutkan baju anda supaya anda lebih selesa memakainya.

Pelembut fabrik menyalut permukaan kain dengan sebatian kimia yang bercas elektrik, menyebabkan benang “berdiri” dari permukaan yang menjadikan baju lebih lembut dan gebu.

3. Mewangikan baju

Antara fungsi utama pewangi baju adalah untuk mewangikan baju anda semasa proses mencuci dan memastikan baju wangi untuk tempoh yang lebih lama.

Sebagai tambahan kepada detergen yang sudah ada pewanginya sendiri, menambah pelembut fabrik yang wangi dapat menguatkan lagi bau wangi itu.

4. Kurangkan kedutan

Pewangi fabrik boleh melindungi pakaian anda daripada berkedut akibat membasuh menggunakan mesin basuh dengan mengurangkan kekasaran dan sifat statiknya.

Ini kerana pewangi baju membantu untuk melembutkan lagi fabrik baju dengan mengurangkan geseran antara baju-baju ketika proses mencuci.

5. Menghalang habuk melekat pada pakaian

Baju yang bergeseran antara satu sama lain akan menyebabkan cas elektrik akibat pemindahan elektron longgar dari satu fabrik ke fabrik yang lain. Ini akan menarik habuk untuk melekat.

Pewangi baju menambah lapisan tambahan pada pakaian dan lapisan ini mempunyai cas positif yang membantu permukaan untuk menangkis zarah habuk daripada melekat pada baju.

Kelebihan Pewangi Baju Dolive

1. Detergent gabungan

Sabun Dolive bukan sahaja sebagai pewangi baju, malah gabungan pencuci, pelembut, penyinar dan bersifat anti bakteria (4P+1A).

Jadi, sabun Dolive merupakan pilihan yang sangat berbaloi serta memudahkan kerja mencuci pakaian anda.

2. Kering lebih cepat

Jika anda tiada masa menjemur pakaian di ampaian kerana seharian di tempat kerja, sabun Dolive dapat menjadikan kerja menjemur anda lebih mudah dan cepat!

Masa pengeringan akan menjadi lebih singkat kerana ia menghalang pakaian daripada menyerap lebih banyak air.

3. Lembut pada kain

Sabun Dolive telah dirumus secara khas supaya lembut pada kain dan tidak merosakkan tekstur asal fabrik pakaian anda selepas mencucinya.

4. Mempunyai pH neutral

Sabun Dolive mempunyai pH neutral serta tidak akan mengubah pH air apabila anda mencuci baju. Oleh itu, warna baju anda tidak akan terjejas.

5. Lembut pada kulit

Mempunyai pH neutral dan bersifat lembut pada kulit dan pakaian, sabun Dolive disahkan halal jakim dan selamat digunakan. Kini, Dolive dijadikan pilihan pertama suri rumah yang bijak!

6. Sangat wangi

Sabun Dolive membantu menyelesaikan masalah bau hapak pada pakaian. Kini, suri rumah tidak perlu risau untuk menjemur pakaian di bawah bumbung, di dalam rumah atau pada waktu malam!

Kesimpulannya, menggunakan pewangi baju ketika membasuh baju sangat berfaedah.

Jika anda sedang mencari detergent liquid di Malaysia, pilihlah sabun cuci baju Dolive 4-in-1 kerana terdapat banyak kelebihan serta memang wangi dan berbaloi!

Anda juga boleh menjana pendapatan bersama Dolive dengan sertai program agen pengedar dan dealer sabun dobi Dolive!

Mengapa Dolive Pilihan Terbaik Jana Pendapatan?

  • 100% keluaran bumiputera
  • Lebih 1000 orang berjaya kami bantu
  • Modal serendah RM250
  • Produk senang terjual
  • Training percuma

Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini!

Leave a Comment

Your email address will not be published.