Sabun DOlive HQ

jana pendapatan sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Di Rumah Dengan 5 Kerja Ini!

Terdapat beberapa perkara yang mendorong seseorang untuk menjana pendapatan sampingan.

Seperti kesan inflasi negara termasuk kenaikan harga barang dan perlu menampung isi keluarga yang ramai.

Ingin memulakan perniagaan sendiri bukalah sesuatu yang mudah kerana faktor modal dan risiko tinggi dalam perniagaan.

Anda ingin mencari duit tambahan? 

Terkesan dengan pandemik sebelum ini?

Pernah dibuang kerja dan susah dapat kerja pada waktu kini?

Anda berada di artikel yang betul! Masih ada cara untuk menjana pendapatan sampingan secara mudah dan selamat. 

5 Kerja Jana Pendapatan di Rumah

jana pendapatan di rumah

  • Pengurus Media Sosial

Masa kini, semua perniagaan mula menggunakan media sosial. 

Jika anda seorang yang kreatif dan suka membuat posting, anda boleh cuba menjadi pengurus media sosial. 

Anda bertanggungjawab menguruskan media sosial klien seperti membuat posting produk. 

Jika mahir dalam bidang grafik, ia adalah bonus kerana grafik memainkan peranan besar dalam media sosial.

  • Perkhidmatan Pelanggan

Anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan talian internet yang bagus? 

Anda boleh cuba mohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. 

Kerja ini memerlukan anda tahu sepenuhnya selok belok tentang syarikat supanya boleh menjawab semua persoalan pelanggan dengan baik.

  • Penulis Bebas (Freelance Writer) 

Jika anda mempunyai jiwa menulis, sangat disarankan untuk jadi penulis bebas. 

Terdapat banyak peluang diluar sana kerana hampir semua perniagaan memerlukan penulis untuk bina portfolio tentang syarikat mereka.

  • Youtuber

jana pendapatan di rumah

Zaman kini ramai ingin menjadi youtuber yang dikenali, tapi memerlukan konsistensi serta idea yang menarik untuk posting video-video yang unik untuk mendapat ramai penonton. 

Kerja ini ganjarannya sangat lumayan jika dibuat dengan bersungguh.

  • Dropship

Kerja ini memerlukan untuk anda memasarkan produk syarikat orang lain dan uruskan pembelian dengan pelanggan sahaja. 

Tidak perlu untuk memegang stok atau membuat penghantaran produk. 

Yang pasti anda perlu bijak membuat pemasaran dan berkomunikasi.

Elakkan Scam Kerja Part Time 

Masa kini, penipuan di laman sesawang semakin berleluasa. 

Para scammer suka mengambil kesempatan atas kesempitan dan kedesakan orang awam yang sedang mencari kerja.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa scammer pastikan cari maklumat dan senarai job scam di internet sebelum apply kerja tersebut. 

Terdesak mana pun keadaan sila selidik dahulu tentang bakal majikan anda. 

Berikut adalah antara taktik yang sering digunakan para scammer dalam mencari pekerja. 

  • Meminta Bayaran Terlebih Dahulu

jana pendapatan

Mungkin taktik ini tidak berleluasa lagi, namun ada yang menggunakannya. Sila berhati-hati.

Sebagai contoh, anda telah diterima bekerja dan pihak syarikat akan memberikan anda laptop tetapi anda dikehendaki untuk membayar perisian berjumlah RMXXX ke dalam akaun XXX. 

Atau selain itu, anda diminta untuk membuat bayaran sejumlah amaun bagi resume anda disemak oleh majikan. 

Awas ya! Sudah terang lagi bersuluh itu adalah scam.

  • Tawaran Terlalu Tinggi

jana pendapatan

Waktu kini tawaran pekerjaan yang menawarkan pakej faedah dan gaji yang lumayan adalah suatu yang agak sukar untuk diperolehi bagi pekerja yang baru.

Taktik job scammer akan menghubungi anda bagi menyatakan mereka jumpa resume anda di dalam talian, walaupun anda tidak pernah menghantar kepada mereka dan menawarkan kerja kosong kepada anda.

  • Tiada Rekod dalam Carian

Sebelum anda apply kerja atau bersetuju dengan sesuatu jemputan temuduga, pastikan anda selidik latar belakang syarikat tersebut terlebih dahulu. 

Namun begitu, ada juga para scammer yang bijak dalam mengaburi taktik mereka dengan membuat laman web yang “professional”. 

Oleh itu, anda perlu cari atau siasat dengan terperinci tentang alamat e-mel syarikat atau di sosial media. 

Jika meragukan, anda perlu berwaspada.

  • Kongsi Maklumat Peribadi

Berhati-hati jika syarikat yang dipohon meminta anda  berkongsi maklumat peribadi seperti akaun peribadi.

Maklumat peribadi anda tidak boleh dikongsi sewenang-wenangnya kepada orang awam.

Setelah membaca info diatas, diharapkan membantu anda sedikit sebanyak.

Mereka yang sedang mencari kerja untuk menjana pendapatan sampingan, Dolive sedang mencari anda!

Mengapa Dolive pilihan terbaik untuk menjana pendapatan?

  • 100% keluaran bumiputera

Produk sabun dolive dikeluarkan oleh syarikat dan pemilik Bumiputera dan 100% produk muslim yang bertaraf antarabangsa

  • Lebih 1,000 orang berjaya kami bantu

Dengan komitmen yang tinggi anda boleh menjana sehingga beribu ringgit sebulan. 

  • Modal serendah RM250

Modal permulaan serendah RM250 dengan pembelian borong minimum serendah 10 botol. Lebih banyak anda borong lebih banyak diskaun

  • Produk senang terjual

Sabun Dolive mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Jadi agen-agen diperlukan di setiap kawasan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan sabun Dolive

  • Training percuma

Dalam training akan diajar teknik marketing dan benda paling asas yang wajib anda tahu sebagai pemilik bisnes

Untuk info lebih lanjut tentang sabun Dolive, sila layari pautan dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.