Pada masa sekarang, semakin ramai mencari cara untuk jana pendapatan sampingan untuk sara kos hidup yang semakin meningkat.
Dengan tambahan pandemik Covid-19 pula, ramai dibuang kerja dan menyebabkan mereka tidak dapat sumber pendapat yang stabil.
Di dalam artikel in, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa cara untuk jana pendapatan sampingan serta cara anda boleh membuat duit bersama Dolive.
Teruskan membaca artikel ini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut.
Tips Jana Pendapatan Sampingan

Sebelum kami memasuki cadangan cara untuk jana pendapatan sampingan, mari kita lihat beberapa tips yang anda boleh mengguna sebagai rujukan.
Pastikan Ada Masa
Satu perkara yang semua orang perlu tahu adalah memastikan mempunyai masa yang cukup untuk membuat side income.
Ini kerana terdapat orang yang kerja pagi sampai malam dan sambung pula untuk jana pendapatan sampingan dengan melakukan benda lain.
Walaupun ia mungkin akan membuat duit untuk anda, ia tidak sihat dari segi fizikal dan juga mental. Oleh itu, pastikan anda mempunyai masa yang cukup dahulu sebelum memilih arah ini.
Membuat Kajian
Sebelum anda memilih cara untuk jana pendapatan sampingan, anda dinasihatkan untuk membuat kajian atau research tentang bidang yang anda ingin masuk.
Sebagai contoh, jika anda memilih untuk jual gadget atau alat elektronik sebagai side income, anda perlu memastikan jual dengan harga yang sesuai serta kualiti yang elok.
Dengan membaca tentang bidang ini, ia akan membantu anda dengan sangat banyak.
Pilih Perkara Yang Anda Minat
Tip terakhir adalah untuk anda memilih perkara atau bidang yang anda suka. Ini untuk memastikan anda bersemangat untuk jana pendapatan sampingan dalam bidang tersebut.
Jika anda suka memasak, anda boleh memilih untuk menjual makanan. Walaupun anda letih, tetapi anda akan seronok kerana melakukan perkara yang anda suka!
Cara Jana Pendapatan Sampingan

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikut untuk mencari sumber pendapatan yang alternatif untuk diri anda.
Menjual Barang Terpakai
Cara jana pendapatan sampingan yang pertama akan menjimatkan masa dan juga mampu menjimatkan wang anda kerana anda menjual perkara yang anda sudah memiliki.
Jika anda mempunyai banyak baju yang anda sudah tidak pakai, anda boleh menjualnya di media sosial untuk mendapatkan wang anda balik.
Selain dari baju, anda juga boleh menjual perkara seperti barang pottery jika anda seseorang yang minat untuk membuat cawan atau pasu anda sendiri.
Penulis Content
Jika anda mempunyai kelebihan dalam bahasa, anda boleh menggunakannya untuk menjadi penulis content untuk syarikat-syarikat.
Ini kerana mereka selalu mencari freelancer yang boleh membantu mereka untuk menarik perhatian orang untuk membeli produk atau servis mereka.
Dengan menulis artikel atau blog untuk mereka, mereka akan membayar anda dan seterusnya memberi peluang untuk anda meluaskan portfolio anda ke syarikat lain.
Menjadi Tenaga Pengajar
Ini merupakan cara jana pendapatan sampingan yang sangat bagus terutamanya bagi kumpulan orang muda yang masih aktif dan bertenaga.
Anda boleh menggunakan degree anda untuk memohon kerja di pusat tuisyen atau memilih untuk membuka kelas anda sendiri secara online.
Dengan ini, anda hanya perlu menyediakan bahan mengajar kerana mereka akan berada di rumah masing-masing dan tidak perlu berjumpa secara fizikal.
Menjual Makanan
Seperti yang kami nyatakan di bahagian sebelum ini, anda juga boleh menjual makanan untuk jana pendapatan sampingan. Ini sangat mudah dengan kemajuan teknologi.
Anda boleh mengiklankan makanan anda di Facebook Marketplace di mana pembeli boleh contact anda untuk membeli makanan dari anda.
Ia sangat mudah dan senang terutamanya bagi mereka yang mempunyai bidang masak ini.
Duit Bersama Dolive
Cadangan terakhir adalah untuk membuat duit bersama Dolive! Anda boleh menjadi agen Dolive yang berpotensi untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan untuk anda.
Mengapa anda perlu memilih kami? Di sini ada beberapa sebab yang anda boleh lihat:
- LEBIH 1000 ORANG BERJAYA KAMI BANTU
Kami hanya perlukan komitmen anda sahaja untuk kami bantu anda menjana pendapatan serendah RM10,000 sebulan.
- MODAL SERENDAH RM250
Modal permulaan serendah RM250 dengan pembelian borong minimum serendah 10 botol. Lebih banyak anda borong lebih banyak Less %.
- PRODUK SENANG TERJUAL
Sabun dobi Dolive mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Jadi kami perlukan agen-agen di setiap kawasan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan sabun Dolive.
- TRAINING PERCUMA
Dalam training kami akan kongsikan teknik marketing dan benda paling asas yang WAJIB anda tahu sebagai pemilik bisnes.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang menarik untuk jana pendapatan sampingan yang anda boleh pilih.
Jika anda masih mencari kerja sambilan, pilihlah untuk menjadi agen Dolive seperti yang kami telah nyatakan!
Anda tidak akan menyesal kerana boleh mendapat duit dan pengalaman yang sangat berharga.
Bagi mereka yang mempunyai apa-apa soalan tentang servis dan produk kami, boleh melayari website kami di sini.
